DOA

‘Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan Ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya Ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia” Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan sebagaimana yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.'

Monday, May 26, 2014

Khasiat Ciptaan Allah - Siri 2

Herba-herba dan tumbuh-tumbuhan yang Allah SWT ciptakan terlalu banyak khasiat dan penawar segala penyakit dan petua. Bukan sahaja herba-herba ini digunakan untuk masakan, malahan untuk perubatan-perubatan tradisional juga diamalkan oleh kita orang-orang melayu.

Khasiat Dan Kegunaan Daun Kari
Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini. Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.
Bunga Pokok Daun Kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung. Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
* 66.3% kelembapan
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin. Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Khasiat Daun Kari Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Khasiat Daun Kari Atasi masalah loya dan pening.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Khsaiat Daun Kari dalam perubatan.
Dari segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit. Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan.
Khasiat daun Kari mnejadi ubat penyakit diabetis
Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut. Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Khasiat Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri
Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah & lebih selamat. Minum air rebusan daun, akar, kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut. Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit. Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah. Jika terkena patukan ular, minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.

Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut, minumlah campuran jus daun kari. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban. Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung, campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula. Untuk menghilangkan sembelit, rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.

DAUN KARI DIGUNAKAN DALAM MASAKAN BERSAMA REMPAH RATUS YANG LAIN

Info Tambahan Khasiat Daun Kari
1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.

Petua dari kaum India:
Untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun karipulei ini setiap hari samada pucuknya untuk dibuat ulam atau daunnya yangg tua dicampur dengan banyak dalam gulai kari. Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Khasiat Daun Pegaga
Daun pegaga kebiasaannya dijadikan ulaman orang melayu dan ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit antaranya: kencing manis, mengecutkan Rahim, mengubati kegatalan pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka, mengubati penyakit darah tinggi. Selain itu, daun pegaga juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan
Menyerikan wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Kesannya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

Mengecutkan Rahim
Bagi wanita yang mengalami masalah rahim mengembang atau lepas kedatangan haid bolehlah memakan pucuk daun pegaga dengan dijadikan ulam atau masakan. Amalkan setiap hari sehingga rahim mengecut.

Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Pada Wajah
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehinggalah bintik-bintik hitam di muka hilanG

Khasiat Sebalik Daun Sirih
Hasil penemuan kajian – kajian saintifik oleh pakar – pakar kajian herba produk mengatakan sirih (Piper betle L) mengandungi komponen – komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan. Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih.
1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
2. Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
7. Dapat menhilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
10. Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit,
mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
12. Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Khasiat Kayu Manis
Cinnamon atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia. Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis. Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.
Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak. Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala. Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir. Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan. Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.

Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten. Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit. Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes. Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain. Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.
Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi. Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan. Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi. Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.

Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium. Penyelidik di Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E. coli dalam jus yang tidak dipasteur. Jika dicampur bersama teh hijau, kayu manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara semula jadi. Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimbangi hormon.

Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan. Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya. Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.

Khasiat Jintan Manis Membantu Memecahkan Lemak
Jintan Manis atau fennal seed adalah bahan-bahan utama dalam masakan Melayu + India + Indonesia + hampir separuh negara di Asia menggunakannya. Tanpa Jintan Manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk-lauk yang dimasak. Namun tahukah kita Jintan Manis mempunyai kehebatan tersendiri selain hebatnya dalam masakan? Jom kita cuba satu petua untuk menurunkan berat badan atau cara-cara memecahkan lemak dengan menggunakan jintan manis.

Khasiat dan kebaikan Jintan Manis
Jintan Manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari kanser + jangkitan + penuaan + penyakit degeneratif neurologi. Di samping itu, serat pemakanan mengikat kepada garam hempedu (dihasilkan daripada kolesterol) dan mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon, sekaligus membantu menurunkan tahap kolesterol LDL serum. Dengan oksidan anti-flavonoid + fiber dari komposisi Jintan Manis dapat  membantu melindungi lendir dari kanser kolon.
Jintan Manis mempunyai kesihatan yang banyak memberi manfaat kepada sebatian minyak penting seperti anethole + limonene + aldehid anisic + pinena + myrcene + fenchone + chavicol dan cineole. Prinsip ini sangat aktif dalam herba Jintan Manis yang diketahui mempunyai Antioksida + Sistem Pencernaan + dapat mengeluarkan udara + Anti Gas dalam perut. Jintan Manis sumber mineral seperti tembaga + besi + kalsium + potassium + mangan + selenium + zink + magnesium. Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Zink adalah bersama-faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan dan pembangunan + generasi sperma + penghadaman + sintesis asid nukleik. Potassiummerupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk enzim anti-oksida yang kuat + superoxide dismutase.

Banyak vitamin2 yang penting seperti vitamin A + E + C + B kompleks seperti thiamin + pyridoxine + riboflavin + niasin terutamanya tertumpu dalam herba Jintan Manis. Seperti jemuju, Jintan Manis adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan. 100 g biji benih menyediakan 39.8 g serat. Kebanyakan serat ini adalah metabolically serat tidak larut lengai yang membantu sebahagian besar peningkatan makanan dengan menyerap air seluruh sistem penghadaman dan mengurangkan sembelit.

Cara-cara membuat jus Jintan Manis = memecahkan lemak
Ambil 2 atau 3 sudu besar Jintan Manis + rebus dengan 6 gelas air selama 20 minit = Minum setengah gelas setiap pagi dan malam sebelum atau selepas makan. Untuk permulaan cubalah setiap malam sahaja kerana semasa tidur badan kita sedang rehat dan pada masa itulah khasiat Jintas Manis bekerja untuk memecahkan lemak secara perlahan-lahan. Namun haruslah lebihkan minum air masak 8 gelas setiap hari sudah mencukupi.

Nota;
Banyak khasiat Jintan Manis yang kita tidak terfikir ingin ambil tahu kecuali dah masak sedap masuk perut. Kepada pesakit KANSER juga diharap dapat mencubanya. Mudah2an sembuh dengan izin-Nya..

Gajus Penuh Khasiat Perubatan
Biasa ke makan buah gajus? Tak biasa? rugilah kerana buah nie memang banyak khasiatnya.Mari kita siasat tentang pokok dan buahnya. Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter. Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang. Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi. Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia. Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional. Di malaysia daun gajus dijadikan ulam. Daun gajus digunakan secara tradisional untuk merawat sakit gigi, kulit terbakar, cirit birit, sakit perut, kencing manis dan membersihkan mata.

Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit, menghalang pelawas, melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut. Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut. Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser.

Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria. Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes. Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah. Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

Khasiat Lobak Putih
Selain lobak merah, lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.
Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limfa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Jus lobak putih mampu memulihkan rasa sendat, buang angin, dan mampu mengubat jangkitan pada hempedu. Ia lazimnya dicampur dengan sedikit madu. Tambahkan sedikit jus limau nipis untuk menambah kandungan vitamin C. Ini dapat membantu badan menyerap kalsium dengan lebih mudah. Ini kerana sekiranya terkena sakit batu karang, anda perlu makan makanan yang kaya dengan kalsium. Ini kerana kalsium dalam makanan akan bergabung dengan oxalate dalam sistem penghadaman menghasilkan kalsium oxalate. Ia menghalang oxalate dari diserap. Oxalate adalah bahan yang bergabung dengan kalsium dalam ginjal dan membentuk kalsium oxalate (batu karang). Jadi kalsium membentuk yang bergabung dengan oxalate dalam sistem penghadaman membantu menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

Jadi kalau dipegang dari fakta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jus lobak yang kaya dengan kalsium mampu menghalang batu karang dari terbentuk dalam ginjal. Jadi, amalan yang dilakukan memang benar-benar dapat membantu memulihkan dirinya dari penyakit batu karang.

Khasiat Lobak Merah
Kesihatan boleh diperolehi. Salah satunya adalah dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Lobak adalah sejenis sayuran ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka lobak berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia. Lobak mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu, lobak mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.
Di antara khasiat kesihatan daripada lobak ialah:
1. Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.

4. Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular. Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.

5. Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

8 Sebab kenapa perlu makan bawang putih
1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Anti inflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung

Khasiat Bawang Merah
Tahukah anda bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan diri anda mendapat penyakit! Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain dari fungsinya menyedapkan rasa pada makanan ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:
1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
4. Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.
5. Jika anda mempunyai bisul sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
6. Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.
7. Jika anda menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah anda.
8. Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.

Tuesday, May 20, 2014

Janji Allah Untuk Orang yang Bertaqwa

Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya yang tidak dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini. Di antara janji-janji Allah kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini ialah:
1. Terpimpin
Mereka mendapat pimpinan daripada Allah. Ini jelas sekali melalui firman Allah: "Allah menjadi (Pemimpin) Pembela bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al Jasiyah: 19)

2. Terlepas dari kesusahan
Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Ini jelas dalam firman Allah: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup." (At Thalaq: 2)

3. Rezeki
Di dunia lagi akan diberi rezeki yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Diberi rezeki yang tidak terduga dan dirancang. Ini jelas dalam sambungan ayat tadi: "Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya." (At Thalaq: 3) Inilah jaminan daripada Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa, rezekinya ada sekadar yang perlu. Makan minumnya yang perlu tetap ada walaupun dia tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali, mungkin ianya dari pengalaman beliau sendiri. Imam Ghazali pernah berkata: "Kalau sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluan nya tetap diperolehinya."

Waktu makan akan diberi makanan. Jika patut dapat pakaian, akan diberi pakaian. Dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya kerana ianya bukan daripada usaha dan cariannya sendiri. Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi melalui sumber usaha orang lain. Kalau taqwanya secara jemaah, maka rezeki itu diberi secara berjemaah. Sekiranya taqwanya secara individu, maka secara individu jugalah pemberian Allah itu.
4. Kerja dipermudah
Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah gambarkan di dalam sepotong ayat: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya." (At Thalaq: 4) Allah memberi jaminan, kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan. Mungkin juga di samping mudah, hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya banyak. Jadi kalaulah kita buat kerja berhempas-pulas, di samping hempas-pulas banyak pula rintangan, kemudian hasilnya pula sedikit atau langsung tidak ada, itu menunjukkan kita belum mempunyai sifat taqwa hinggakan Allah tidak membantu.

5. Diberi berkat [barakah]
Dia diberi berkat daripada langit dan bumi. Berkat pada hartanya, pada kesihatan badannya, pada ilmunya, pada anak-anak dan zuriatnya, pada isterinya, pada suaminya, pada sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat ajarannya, berkat pimpinannya dan sebagainya. Ini jelas sekali dalam ayat: "Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi." (Al Aíraf: 96)

Berkat maknanya bertambah atau subur. Apabila dikatakan hidupnya berkat, maknanya hidupnya penuh dengan kemuliaan, ketenangan, kebahagiaan dan penuh dengan pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan kepada kebaikan dan berpahala walaupun dia bukan orang kaya. Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang dimilikinya itu dapat diamalkan, bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta menambahkan pahala.

Badannya yang sihat yang dikatakan berkat itu adalah badan yang dapat digunakan untuk kebaikan. Dengan kesihatan badannya itu, digunakannya untuk jihad fisabilillah, untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan pahalanya. Masanya berkat ialah masa yang Allah untukkan padanya, dapat digunakan kepada kebaikan. Dia tidak buang masa percuma dengan perkara yang melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun umurnya tidak bertambah, tetapi umur yang diberikan kepadanya itu akan menambahkan pahala. Rezekinya berkat yakni rezeki yang tidak putus-putus sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk kebaikan dan dapat menambahkan pahala.

Berkat pada anak-anaknya atau zuriat ertinya, anak-anak dan cucu cicit berjaya menjadi anak-anak yang soleh, yang menjadi penyejuk mata hati. Berkat pada isterinya atau suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, yang dapat mengingat dan memimpinnya selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat pada sahabat handai dan jiran, ertinya mendapat sahabat yang baik-baik dan ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan kebenaran. Berkat pada gurunya, iaitu dia mendapat guru yang soleh yang dapat memimpin dan memandunya selamat di dunia dan Akhirat.
6. Amalan diterima
Amal ibadah orang yang bertaqwa diterima oleh Allah. Kalau begitu amal ibadah orang [yang sekadar] Islam tidak diterima. Orang Islam [yang tidak bertaqwa] akan masuk Neraka dulu. Oleh yang demikian, hanya amal ibadah orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Allah. Ini dijelaskan oleh Allah: "Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa." (Al Maidah: 27) Maksudnya, Allah hanya menerima solat orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima solat orang yang sekadar Islam. Allah akan terima puasa orang bertaqwa. Allah akan terima perjuangan orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima perjuangan orang yg sekadar Islam sahaja tanpa taqwa. Allah akan terima haji orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima haji orang Islam yg tak bertaqwa. Begitulah seterusnya berdasarkan ayat di atas tadi.

7. Amalannya diperbaiki
Amalan orang yang bertaqwa itu sentiasa dibaiki oleh Allah. Sentiasa diperkemaskan oleh Allah daripada masa ke semasa. Ini jelas Allah mengingatkan kepada kita: "Wahai mereka yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalan-amalan kamu..." (Al Ahzab: 70-71) Jadi orang-orang yang bertaqwa amalannya sentiasa dibaiki oleh Allah. Solatnya sentiasa dibaiki Allah. Begitu juga puasanya, bacaan Qurannya, wiridnya dan perjuangannya sentiasa dibaiki. Apa sahaja bentuk kebaikan yang dibuatnya sentiasa dibaiki oleh Allah dari masa ke semasa. Itulah jaminan Allah.

8. Dosa diampunkan
Dosanya diampunkan. Dalam ayat tadi juga ada sambungannya: "Wahai mereka yang beriman, hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalan-amalan kamu dan akan mengampun bagimu dosa-dosa kamu." (Al Ahzab: 70-71) Ertinya dosa-dosa orang-orang yang bertaqwa ini akan diampunkan. Namun begitu orang Islam sekadarnya, dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Sebab itu orang Islam itu akan masuk Neraka dulu dan barulah ke Syurga. Walíiyazubillah. Allahumma ajirna minan nar. Tegasnya, orang yang bertaqwa sahaja akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

9. Dapat ilmu tanpa belajar
Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah ilmu yang jatuh kepada hati, tidak perlu proses belajar. Kalau ilmu yang jatuh pada akal, ia perlu melalui proses belajar yakni membaca, mentelaah, kena berguru, kena bermuzakarah, kena berfikir dan merenung. Barulah akan dapat ilmu itu. Sedangkan ilmu yang jatuh pada hati, tidak diketahui sumbernya, tidak perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke hati. Hati itu sebagai wadahnya. Jadi orang yang bertaqwa ini diberi ilmu tanpa belajar.

Ini jelas Allah nyatakan dalam ayat Al Quran: "Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu." (Al Baqarah: 282) Dapat ilmu daripada Allah tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar. Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah SAW:"Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nanti dia akan dipusakakan ilmu yang dia tidak tahu." (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

Apa sahaja ilmu yang dia tahu, diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham. Firman Allah Taala: "Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari dari sisi Kami." (Al Kahfi: 65 ) Ertinya orang yang bertaqwa itu akan diberi ilmu terus dari Allah tanpa wasilah guru. Agar tidak terkeliru, perlulah diingat bahawa orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mesti ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

10. Terlepas dari tipu daya syaitan
Orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan. Dalam Al Quran ada disebutkan tentang hal ini. Firman Allah: "Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." (Al A'raf: 201)

11. Terlepas dari tipu daya musuh
Orang bertaqwa juga lepas daripada tipu daya musuh lahir sama ada orang kafir mahupun orang munafik. Firman Allah: "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali Imran: 120)
12. Terhindar dari Neraka
Orang bertaqwa terhindar daripada Neraka. Ertinya tentulah dia masuk Syurga sebab di Akhirat tidak ada tiga tempat. Kalau terlepas daripada Neraka, bermakna ke Syurgalah dia. Firman Allah Taala: "Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya." (Ali Imran: 198) "Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam Syurga dan (di dalamnya mengalir) mata air. (Dikatakan kepada mereka): ëMasuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman." (Al Hijr: 45-46) "Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa." (Maryam: 63)

Inilah di antara keuntungan-keuntung an atau bonus yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa. Kesemua itu tidak dapat dinilai dengan mata wang dunia kerana terlalu tinggi nilainya. Ia didapatkan hasil daripada membersihkan hati, mujahadah bersungguh-sungguh membuang sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat mahmudah serta mengamalkan syariat yang lahir dan batin. Kalau di dunia ini kita berebut-rebut untuk dapatkan bonus yang tidak ada nilai di sisi Allah itu, mengapa kita tidak rebut bonus taqwa yang manfaatnya untuk dunia dan Akhirat? Kalau tidak mahu bonus itu, orang tak berakal namanya.

Monday, May 19, 2014

Khasiat Ciptaan Allah - Siri 1

Setiap ciptaan Allah ada yang tersurat dan tersirat yang mana kita sebagai manusia harus mengkaji dan menyelidiki apa kebaikan dan keburukan yang ada pada setiap ciptaanNya. Bigitu juga pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buah yang mana banyak khasiat yang terdapat dari untuk mendapatkan vitamin dan hebat disamping mampu memulihkan sesetengah penyakit yang manusia hadapi. Berikut beberapa  buah-buahan dan tumbuhan untuk kita amalkan bagi kebaikan tubuh badan kita.

Khasiat Jus Manggis
Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula.

Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan drah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.

Kegunaan dan Khasiat Halia
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai ‘gingeroles’ memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan. Halia atau nama saintifiknya ‘Zingiber officinale’ dari keluarga ‘zingiberaceae’ kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan
Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan. Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin
Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu. Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.


Banyak Kegunaan
Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan. Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau ‘motion sickness’ emasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum. Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap
“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)
Di dalam ayat-ayat Al-Qur`an, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan. Al-Qur`an menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga.

Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman manga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.

Jus mangga, jus yang digemari ramai

Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut. Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut.

Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan. Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah:

1. Mencegah kanser
Buah mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.

2. Menurunkan kadar kolestrol
Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.

3. Menyihatkan Mata
Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

4. Membantu pencernaan dalam tubuh
Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan
5. Mencegah strok
Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.

Sedap dan berkhasiat

6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori
Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.

7. Menghaluskan kulit
Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.

8. Melegakan panas dalam
Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti: kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

Nanas penuh pelbagai khasiat
Nanas, buah tropika berwarna kuning terang mempunyai rasa berjus manis masam yang menyelerakan dan sering menjadi bahan pilihan dalam masakan dan minuman. Ia juga berada pada kedudukan kedua selepas pisang sebagai buah tropika kegemaran bagi rakyat Amerika Syarikat. Walaupun nanas buah bermusim iaitu bermula sekitar Mac hingga Jun, ia boleh didapati di semua pasar raya sepanjang tahun. Strukturnya terhasil daripada bunga kecil yang bergabung bersama di sekeliling teras dan setiap bunga dikenali sebagai mata.

Pada awalnya, nanas dianggap berasal dari Amerika Selatan, namun ia pertama kali ditemui orang Eropah pada 1493 di kepulauan Caribbean. Apabila pelayar termasyhur Christopher Columbus membawa nanas balik ke Eropah, cubaan dibuat untuk menanam buah itu sehingga mereka menyedari nanas memerlukan cuaca tropika. Menjelang akhir abad ke-16, peneroka Portugis dan Sepanyol memperkenalkan nanas kepada kawasan jajahan mereka di Asia, Afrika dan Pasifik Selatan iaitu negara yang masih mempunyai banyak nanas sehingga ke hari ini.

Selain rasa yang lazat dan boleh menambah cetusan rasa dalam masakan dan minuman, nanas juga buah yang sungguh menyihatkan kerana ia kaya dengan vitamin C, serat, vitamin B6, mangan, tembaga, vitamin B1 dan folat. Kandungan mangan dan vitamin B1 penting untuk pengeluaran tenaga dan pertahanan antioksidan. Mereka yang menjaga kesihatan selalunya akan memasukkan nanas dalam diet mereka kerana kebaikannya yang tinggi untuk kesihatan tubuh.

Selain vitamin A dan C, nanas juga kaya dengan mineral seperti fosforus, kalsium, potassium dan kalori yang semuanya membantu memberikan kesihatan yang baik kepada mereka yang gemar memakannya. Antara faedah kesihatan yang boleh didapati daripada amalan memakan nanas adalah kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah berkenaan mampu meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu melawan jangkitan virus yang menyebabkan batuk dan selesema. Vitamin C adalah antioksidan utama larut air dan mampu mempertahankan semua kawasan berair tubuh daripada serangan radikal bebas yang merosakkan sel normal.
Walaupun ketika seseorang sudah dijangkiti demam selesema atau batuk, nanas mampu membantu menyihatkan tubuh semula. Ini kerana ia kaya dengan bromelain yang berkesan menghilangkan batuk dan menyingkirkan mukus. Selain ubat yang diberi oleh doktor, memakan nanas mampu menyembuhkan seseorang dengan lebih pantas. Nanas juga popular sebagai makanan yang mampu membina dan menguatkan tulang kerana ia mempunyai mangan iaitu mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membina tulang dan tisu penghubung. Malah dengan pengambilan hanya satu cawan nanas, ia sudah bersamaan dengan 73 peratus daripada keseluruhan keperluan tubuh untuk membina tulang yang kuat.

Ramai yang terlalu memberi perhatian hingga terlupa mereka telah mengabaikan kesihatan gusi yang sama penting peranannya dalam mengekalkan kesihatan gigi dan antara cara untuk mendapatkan gusi yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan nanas kerana ia berperanan mendapatkan gigi dan gusi yang sihat. Keistimewaan lain nanas juga, ia mampu mengurangkan risiko seseorang mengalami masalah degenerasi makula iaitu penuaan titik di bahagian tengah retina mata manusia yang berfungsi memberikan pandangan yang jelas. Masalah degenerasi makula adalah punca utama yang menyebabkan kehilangan penglihatan yang jelas dalam kalangan orang dewasa akibat kerosakan pada retina sehinggakan aktiviti seperti membaca, mengenal pasti wajah dan melakukan kerja harian terjejas.

Namun dengan menyelitkan buah nanas dalam diet harian yang kaya dengan vitamin A, risiko mendapat masalah itu mampu dikurangkan sehingga 36 peratus. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan masalah sakit sendi dan pada masa sama menguatkan tulang bagi memperbaiki kesakitan yang dialami serta baik untuk memperbaiki keadaan penyakit gout dan sindrom terowong karpal atau rasa kebas dan lemah otot pada pergelangan tangan. Salah satu kebaikan nanas yang sememangnya popular adalah ia kaya dengan serat dan mengandungi bromelain yang bertindak meneutralkan keadaan terlalu berasid dan membantu rembesan daripada pankreas yang melancarkan penghadaman serta mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.

Kajian yang diadakan juga menunjukkan bromelain mempunyai banyak manfaat kepada tubuh antaranya mengurangkan masalah keradangan yang berlebihan, pembekuan darah yang berlebihan dan beberapa jenis pertumbuhan tumor apabila ia diambil sebagai diet tambahan. Bagi mengamalkan nanas dalam diet seharian, cuba tambahkan nanas segar dalam minuman pagi anda atau masukkan sekali ke dalam yogurt pada waktu makan tengah hari serta dicampur dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran.

7 Khasiat Kurma yang patut anda tahu
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19. “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW. Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad. Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin. “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Khasiat biji selasih
Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain. Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:


Dapat mengurangkan panas badan. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur). Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Khasiat Tembikai Susu
Tembikai susu merupakan buahan yang menjadi kegemaran saya, lagilah kalau dimakan ketika hari tengah panas. Sudah agak lama saya tidak menulis post mengenai khasiat buah, jadi kali ini apakata kita lihat serba sedikitkhasiat buah tembikai susu ini. Buah tembikai susu dipetik bukan dari segi saiz tetapi dari segi kematangannya, jadi kalau buah tu sudah besar tetapi masih belum masak atau matang ianya tidak patut dipetik. Malah ketika anda ini membeli buah tembikai susu elakkan memilih yang masih berwarna hijau kerana ianya masih muda.

Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuhdan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untukkesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda

Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.

Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kaloridan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.

Tembikai susu boleh disimpan dalam suhu bilik sehingga 4 hari, manakal jika disimpan ke dalam peti sejuk ianya boleh bertahan selama 5 hari.

Khasiat Dan Kebaikan Kunyit

Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?
Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Kelebihan dan kebaikan KUNYIT
Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar. Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada. Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru. Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak. Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza. Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan. Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan. Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan. Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas. Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah. Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak. Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang.

Cara membuat jus KUNYIT
Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah. Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan-lahan..
Nota
Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus diamalkan sekali. Buatkan jus atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.

P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit dalam masakan yang menggunakan bahan ini. Selamat menjaga kesihatan...